Sejarah
Jūbi dan Rikudō Sennin sebagai jinchūrikinya
Menjelang penubuhan kampung ninja, Hokage Pertama iaitu Harashima Senju telah menggunakan teknik Gaya Lepas Sifat Kayu yang dimilikinya untuk menangkap dan mengawal kebanyakkan bijū. Harashima menggunakan bijū tersebut sebagai simbol meterai pendamaian terhadap perkampungan ninja lain untuk menyeimbangkan kuasa di antara mereka. Namun, selepas kematian Harashima, kebanyakan perkampungan ninja yang telah "dihadiahkan' dengan bijū tersebut tidak mampu untuk mengawalnya dengan kuasa mereka sendiri. Mereka kemudiannya mendapat idea untuk menyalut bijū tersebut kepada hos manusia atau jinchūriki. Untuk memastikan jinchūriki ini tidak belot kepada kampung ninja masing-masing, maka menjadi kebiasaan bahawa jinchūriki ini dipilih dari kalangan keluarga rapat kage setiap perkampungan ninja, seperti anak-anak, adik-beradik atau pasangan kepada kage tersebut. Kekuatan jinchūriki tersebut kemudiannya digunakan untuk melindungi kampung ninja masing-masing dan menjadi lambang "hidup" kepada kuasa Kage. Di sepanjang sejarah, hanya terdapat beberapa jinchūriki yang mempolehi kebolehan untuk mengawal bijū yang disalut ke dalam tubuh mereka. Menjelang Peperangan Dunia Ninja Keempat, Akatsuki telah berjaya menangkap dan menyalut tujuh daripada sembilan bijū yang ada.
Melalui komen-komen yang diberikan oleh Makhluk Berekor Lapan Hachibi dan Makhluk Berekor Sembilan Kyūbi menunjukkan bahawa ia saling mengenali namun tanpa ada rasa hormat sesama sendiri. Tambahan pula, semasa Naruto menyalut kembali Kyūbi, ia telah memberikan bayangan kata-kata mengenai Rikudō Sennin (namun tidak melengkapkan perbualannya), yang mana ini berkemungkinan boleh dianggap bahawa Kyūbi tahu mengenai Jūbi.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar