Makhluk Berekor
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Makhluk Berekor (尾獣, bijū?) merupakan sembilan ekor raksasa yang dikenalpasti sebagai daya penggerak kepada jalan cerita dalam siri Naruto. Makhluk Berekor ini terbentuk daripada gumpulan chakura yang sangat besar dan diberikan nama berdasarkan kepada jumlah ekor yang ia miliki. Makhluk Berekor ini kadangkala dirujuk sebagai "Raksasa Chakura" (チャクラのバケモノ, Chakura no Bakemono?),[1],
yang memberikan makhluk berekor tersebut "kekuatan" yang melampaui
mana-mana ninja. Bagaimana pun, oleh kerana sifat liar yang ia miliki
sebagai makhluk berekor, ini membuatkan ia tidak memiliki tahap
"kepintaran' yang diperlukan untuk mempergunakan tenaga tersebut secara berkesan. Apabila makhluk berekor ini dimeterai atau disatukan kepada seseorang hos manusia, maka ia bakal memperolehi pengetahuan yang dimiliki oleh "perumahnya". Keadaan ini akan membolehkan makhluk berekor ini kebolehan untuk mempergunakan kuasa mereka dengan lebih efektif hasil bantuan daripada hos manusia tersebut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar